Apa itu kahoot ?
Kahoot
merupakan suatu platform tindak balas berasaskan permainan iaitu aplikasi kuiz
secara online yang dibina oleh guru untuk merangsang minat murid semasa proses
P&P melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini dapat
digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon
pintar. Laman web mesra pengguna ini memberikan guru keupayaan untuk membuat
kuiz dan tinjauan tentang mana-mana bidang subjek. Saya percaya masih ramai
lagi yang di luar sana yang masih belum kenal aplikasi ini. Jadi, kali ni saya
nak kongsikan cara awesome untuk mengajar menggunakan aplikasi online yang
menarik, Kahoot!.
Guru
dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi
nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin dihadapan kelas akan
menjadi paparan utama yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan
menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa
pilihan jawapan yang diberi. selesai sahaja menjawab semua
soalan, keputusan akan dipaparkan di skrin utama. Secara
tidak langsung, perkara ini akan menjadikan murid fokus dalam menjawab soalan
kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat
pada paparan skrin utama di hadapan kelas.
Selain itu, murid dapat melihat kepantasan mereka dalam
menjawab soalan melalui kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama di
hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang
sihat dalam kalangan murid melalui permaian secara interaktif. Bukan itu
sahaja, Kahoot juga
mampu mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan dan mendisiplinkan murid
dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan. Penggunaan Kahoot dalam
P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai
dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.
Banyak
kelebihan yang terdapat dalam aplikasi ini, antaranya adalah guru boleh
memasukkan video, gambar dan juga rajah ke dalam soalan. Dengan ini ia
sekaligus dapat menarik perhatian murid dan penglibatan murid secara holistik
semasa sesi pembelajaran dijalankan.
Bagi
pendapat saya, kahoot ini sangat sesuai dilakukan untuk menarik minat pelajar
dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran tersebut agar sesi PdP tidak berada
dalam keadaan membosankan sekaligus menjadikan pelajar lebih focus terhadap
sesuatu subjek yang dipelajari.
Cara Menggunakan Kahoot!
1. Buka laman web https://kahoot.com/ untuk mendaftar akaun anda.
Klik ‘Sign Up’ untuk pertama kali mendaftar.
2.Kemudian anda boleh mula
menghasilkan soalan dengan menggunakan segala peralatan (tools) yang ada di
ruangan tersebut seperti masukkan teks, gambar, atau video yang berkaitan untuk
menghasilkan kuiz yang menarik dan menyeronokkan.
3. Selepas selesai mengisi
maklumat asas untuk quiz tersebut, anda boleh menambah soalan dengan klik ‘Add
Question’. Anda boleh mengisi soalan, masa menjawab dan pilihan jawapan di
ruangan soalan yang disediakan. Tick sahaja jawapan pada sebelah kanan jawapan
sehingga keluar untuk menentukan jawapan yang betul.
5. Tekan ‘DONE’ setelah selesai
membuat soalan supaya semua data tersimpan dalam akaun yang anda dah di
daftarkan tadi. Anda boleh ulang semula untuk membuat soalan lain sebanyak mana
yang anda mahu.
6. Bagi pengguna yang igin
menjawab soalan yang dihasilkan oleh pengguna yang lain, anda cuma perlu pergi
ke page https://kahoot.it .
7. Sebelum memulakan quiz, anda
perlu memberi Game PIN kepada individu (pelajar) yang nak jawab soalan
tersebut. Game PIN tu boleh dapat dari anda sendiri (pembuat soalan) jika semua
telah bersedia. Game PIN adalah tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, jadi
tidak perlulah dicatat ye.
8. Kemudian, mereka (pelajar)
boleh masukkan nickname sendiri bagi tujuan identifikasi kerana pada akhir quiz
nanti, markah akan dipaparkan mengikut nama-nama yang telah dimasukkan tadi.
Sementara menunggu untuk habis, nama dan bilangan individu yang sudah menyertai
quiz tersebut akan terpampang di skrin utama. Manakala di skrin pelajar akan terpampang perkataan "You're in".
9. Setelah selesai semua yang
menyertai quiz tersebut, maka guru boleh sesi menjawab boleh dimulakan dengan klik
‘Start’ di sebelah kanan skrin.
Sebaiknya, maklum kan beberapa
syarat quiz yang telah ditetapkan seperti masa yang diperuntukan untuk setiap
soalan. Soalan akan dikeluarkan seperti contoh ni yang telah saya cuba buat
dan boleh terus menjawab.
10. Bila selesai menjawab untuk
1 soalan, Kahoot! akan memberikan paparan jawapan yang betul dan disitu anda
akan dapat lihat berapa jumlah individu yang menjawab bagi setiap pilihan
jawapan yang disediakan. Setiap orang yang telah menjawab akan mendapat
keputusan BETUL atau SALAH di skrin masing-masing.
11. Manakala, dekat skrin utama
di hadapan pula akan terpapar senarai individu yang mendapat TOP 5 dengan
markah yang tertinggi. Markah yang tinggi akan diberikan kepada individu yang
menjawab soalan dengan BETUL dan CEPAT. Masa ni, mesti seronok kalau nama ada
dekat skrin utama.
Menarik kan? Sudah tentu pelajar akan suka menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan applikasi Kahoot! ni. Ini lah salah satu kemudahan teknologi yang telah diwujudkan untuk memudahkan guru-guru dan tenaga pengajar memantapkan lagi sesi pembelajaran mereka.
Kahoot Tutorial
Pengalaman menggunakan Kahoot!
Soalan dipaparkan di skrin utama atau projector, sementara di peranti murid memaparkan pilihan jawapan. Ini secara tida langsung dapat menarik tumpuan murid dan membina elemen kompetitif dan membuat keputusan dalam masa yang cepat. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan analisis yang sangat komprehensif dalam pelbagai aspek.
Namun setiap aplikasi itu mestilah terdapat kekurangan tertentu. Bagi aplikasi ini, kekurangannya adalah bergantung pada projektor atau skrin . Jika keduanya tidak berfungsi dan mempunyai masalah internet maka menjadi satu masalah untuk memaparkan soalan pada murid.
Video di bawah merupakan Momen- momen manarik yang sempat saya rakam semasa aktiviti Kahoot dijalankan. Belajar sambil berhibur!
Semoga perkongsian saya ini mampu memberi pengetahuan baharu kepada rakan guru yang berminat untuk mencuba pendekatan ICT dalam pdp. Selamat Mencuba!