Monday, October 28, 2019

Quizizz



Apa itu Quizizz
Quizizz merupakan salah satu aplikasi web yang menarik yang dapat digunakan untuk membuat kuiz interaktif untuk  sistem pendidikan masa kini. Ia dianggap mampu menggantikan cara lama kuiz yang hanya melibatkan kertas dan pen, yang dilihat sebagai membosankan. Quizizz adalah percuma dan tidak memerlukan apa-apa bayaran. Melalui quizizz seseorang dapat mencipta kuiz baharu atau mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna Quizizz. Juga, guru terutamanya boleh memilih sama ada kuiz yang akan dilaksanakan, dibuat secara langsung (live) ataupun sebagai kerja rumah.


Bagaimana kerja Quizizz?

Pengguna boleh mendapatkan akaun Quizizz dengan melayari ke laman web Quizizz www.quizizz.com secara percuma dengan mendaftarkan email mereka. Kata laluan  bertindak sebagai kata laluan kepada pelajar untuk mengekses penilaian yang telah dibuat oleh guru. Ianya akan diberikan sebaik sahaja guru berjaya mendaftar ke akaun Quizizz.

Apa yang Quizizz sebagai sebuah aplikasi pembelajaran yang sangat menarik?

Quizizz memudahkan guru menguji kefahaman dan membuat penilaian terhadap pelajarnya dengan cara yang lebih mudah dan menarik. Bukan sahaja boleh dilakukan secara langsung semasa sesi pembelajaran malah secara tidak lansung sebagai kerja rumah atau tugasan.




Apabila guru meyertai Quizizz, guru boleh sama ada membuat kuiz sendiri atau memilih kuiz sedia ada yang dirasakan sesuai untuk pelajarnya, kemudian akan diberikan kod akses untuk kelas maya kuiz tersebut. Melalui leaderboard, guru boleh mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya. Kod akses perlu guru berikan kepada pelajar agar mereka dapat log masuk disamping perlu menulis nickname masing-masing (tanpa perlu mendaftar dengan Quizizz). Apabila semua pelajar sudah menyempurnakan semua yang disebutkan tadi maka guru boleh klik butang start game“.

     

Selain itu terdapat grafik atau meme yang  berunsur humour dan lucu yang dapat menambahkan lagi minat pelajar untuk menjawab soalan kuiz dengan menggunakan aplikasi tersebut. Pelajar dapat menjawab kuiz secara sendiri tetapi seolah-olah bermain bersama-sama kerana di dalam Quizizz terdapat elemen-elemen yang menarik seperti penggunaan avatar, leaderboard dan meme  yang bersifat lucu. Guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajarnya melalui data yang diperoleh dan melaluinya guru dapat membantu pelajarnya dibahagian yang dirasakan lemah. Pelajar menikmati suasana permainan, persaingan yang mesra, dan meme. 



  • Kelebihan Quizizz adalah  :
  1. Pembelajaran bersifat interaktif dan menarik dengan adanya avatar, leaderboard, tema, muzik dan sebagainya
  2. Kuiz dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa ambil masa yang lama
  3. Membolehkan guru menyediakan data dan laporan tahap penguasaan pelajar dengan terperinci
  4. Boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet ataupun telefon pintar
  5. Pelajar tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz
  6. Kuiz boleh disediakan sendiri dan berkongsi dengan sesiapa sahaja
Kelemahan Quizizz adalah  :
    1. Murid hanya perlu bersaing dengan masa sendiri.
    2. Masih mengutamakan jawapan dan kepantasan jawapan tetapi tidak begitu jelas kepada murid dari segi persaingan atau nilai kompetitif.
    3. Terganggu jika ada masalah internet.

    Pengalaman Menggunakan Quiziz Dalam Pembelajaran

    Saya telah menggunakan Quizizz di kelas saya sebagai alat penilaian formatif untuk menyemak pembelajaran pelajar. Selain dari mencipta soalan kuiz sendiri, saya juga dapat mengubahubai soalan dari galeri awam untuk kuiz yang berkaitan dengan topik itu. Kita boleh  menduplikasi kuiz yang dicipta oleh pendidik lain. Saya memadamkan beberapa soalan yang tidak berkaitan dengan pelajar saya, menyunting beberapa soalan, dan menambah beberapa soalan saya sendiri. Semasa melancarkan kuiz di kelas, saya dapat menyesuaikan beberapa tetapan untuk menggunakan kuiz dengan kelas saya. Quizizz membantu menambah kefahaman pelajar dengan memaparkan jawapan yang betul secara langsung jika pelajar menjawab dengan jawapan yang salah. Selain itu juga, ia amat memudahkan kerja saya untuk membuat penilaian terhadap pelajar dan menghasilkan rekod markah dengan memuat turun dalam spreadsheet Excel untuk analis selanjutnya. 


    Perbezaan antara Kahoot dan Quizizz * Kahoot memerlukan skrin lain sebagai paparan, kerana kita tidak dapat melihat soalan melalui peranti kita sendiri dan orang lain boleh meniru jawapan kita, kerana soalannya adalah sama * Quizizz tidak perlu menggunakan skrin lain, kerana jawapannya adalah pada peranti kita sendiri. Soalan yang dipaparkan juga adalah berbeza dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kes tiru- meniru.

    Lihat betapa gembiranya murid-murid saya sepanjang sesi Quizizz dijalankan. Malah segala analisis soalan seperti kedudukan, mata yang dikumpul dan tahap kesukaran dipaparkan pada  stiap kali keputusan dipaparkan


    .


    Semoga perkongsian dari saya ini dapat memeberi peluang kepada guru-guru untuk mencuba Quizizz dan sebarang Teknologi pembelajaran abad 21


    No comments:

    Post a Comment