Tuesday, November 5, 2019

KAHOOT!



Apa itu kahoot ?
Kahoot merupakan suatu platform tindak balas berasaskan permainan iaitu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk merangsang minat murid semasa proses P&P melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon pintar. Laman web mesra pengguna ini memberikan guru keupayaan untuk membuat kuiz dan tinjauan tentang mana-mana bidang subjek. Saya percaya masih ramai lagi yang di luar sana yang masih belum kenal aplikasi ini. Jadi, kali ni saya nak kongsikan cara awesome untuk mengajar menggunakan aplikasi online yang menarik, Kahoot!.
Guru dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin dihadapan kelas akan menjadi paparan utama yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi. selesai sahaja menjawab semua soalan, keputusan akan dipaparkan di skrin utama. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadikan murid fokus dalam menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas.
Selain itu, murid dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui permaian secara interaktif. Bukan itu sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan dan mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan. Penggunaan Kahoot dalam P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.

Banyak kelebihan yang terdapat dalam aplikasi ini, antaranya adalah guru boleh memasukkan video, gambar dan juga rajah ke dalam soalan. Dengan ini ia sekaligus dapat menarik perhatian murid dan penglibatan murid secara holistik semasa sesi pembelajaran dijalankan.
Bagi pendapat saya, kahoot ini sangat sesuai dilakukan untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran tersebut agar sesi PdP tidak berada dalam keadaan membosankan sekaligus menjadikan pelajar lebih focus terhadap sesuatu subjek yang dipelajari.

Cara Menggunakan Kahoot!
1. Buka laman web  https://kahoot.com/  untuk mendaftar akaun anda. Klik ‘Sign Up’ untuk pertama kali mendaftar.


2.Kemudian anda boleh mula menghasilkan soalan dengan menggunakan segala peralatan (tools) yang ada di ruangan tersebut seperti masukkan teks, gambar, atau video yang berkaitan untuk menghasilkan kuiz yang menarik dan menyeronokkan.




3. Selepas selesai mengisi maklumat asas untuk quiz tersebut, anda boleh menambah soalan dengan klik ‘Add Question’. Anda boleh mengisi soalan, masa menjawab dan pilihan jawapan di ruangan soalan yang disediakan. Tick sahaja jawapan pada sebelah kanan jawapan sehingga keluar untuk menentukan jawapan yang betul.


5. Tekan ‘DONE’ setelah selesai membuat soalan supaya semua data tersimpan dalam akaun yang anda dah di daftarkan tadi. Anda boleh ulang semula untuk membuat soalan lain sebanyak mana yang anda mahu.

6. Bagi pengguna yang igin menjawab soalan yang dihasilkan oleh pengguna yang lain, anda cuma perlu pergi ke  page https://kahoot.it .

7. Sebelum memulakan quiz, anda perlu memberi Game PIN kepada individu (pelajar) yang nak jawab soalan tersebut. Game PIN tu boleh dapat dari anda sendiri (pembuat soalan) jika semua telah bersedia. Game PIN adalah tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, jadi tidak perlulah dicatat ye.


8. Kemudian, mereka (pelajar) boleh masukkan nickname sendiri bagi tujuan identifikasi kerana pada akhir quiz nanti, markah akan dipaparkan mengikut nama-nama yang telah dimasukkan tadi. Sementara menunggu untuk habis, nama dan bilangan individu yang sudah menyertai quiz tersebut akan terpampang di skrin utama. Manakala di skrin pelajar akan terpampang perkataan "You're in".
 



9. Setelah selesai semua yang menyertai quiz tersebut, maka guru boleh sesi menjawab boleh dimulakan dengan klik ‘Start’ di sebelah kanan skrin.


Sebaiknya, maklum kan beberapa syarat quiz yang telah ditetapkan seperti masa yang diperuntukan untuk setiap soalan. Soalan akan dikeluarkan seperti contoh ni yang telah saya cuba buat dan boleh terus menjawab.

10. Bila selesai menjawab untuk 1 soalan, Kahoot! akan memberikan paparan jawapan yang betul dan disitu anda akan dapat lihat berapa jumlah individu yang menjawab bagi setiap pilihan jawapan yang disediakan. Setiap orang yang telah menjawab akan mendapat keputusan BETUL atau SALAH di skrin masing-masing.
11. Manakala, dekat skrin utama di hadapan pula akan terpapar senarai individu yang mendapat TOP 5 dengan markah yang tertinggi. Markah yang tinggi akan diberikan kepada individu yang menjawab soalan dengan BETUL dan CEPAT. Masa ni, mesti seronok kalau nama ada dekat skrin utama.

 12. Bila semua soalan dah dijawab, maka markah penuh dengan nama Top Scorer akan dipaparkan. Kahoot! akan menunjukkan jumlah mata yang diperoleh, serta jumlah jawapan yang betul dan salah.


Menarik kan? Sudah tentu pelajar akan suka menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan applikasi Kahoot! ni. Ini lah salah satu kemudahan teknologi yang telah diwujudkan untuk memudahkan guru-guru dan tenaga pengajar memantapkan lagi sesi pembelajaran mereka.


Kahoot Tutorial 



Pengalaman menggunakan Kahoot!

Soalan dipaparkan di skrin utama  atau projector, sementara di peranti murid memaparkan pilihan jawapan. Ini secara tida langsung dapat menarik tumpuan murid dan membina elemen kompetitif dan membuat keputusan dalam masa yang cepat. Selain itu, aplikasi ini juga  menyediakan analisis yang sangat komprehensif dalam pelbagai aspek.

Namun setiap aplikasi itu mestilah terdapat kekurangan tertentu. Bagi aplikasi ini, kekurangannya adalah bergantung pada projektor atau skrin . Jika keduanya tidak berfungsi dan mempunyai masalah internet maka menjadi satu masalah untuk memaparkan soalan pada murid.

Video di bawah merupakan Momen- momen manarik yang sempat saya rakam semasa aktiviti Kahoot dijalankan. Belajar sambil berhibur!


Semoga perkongsian saya ini mampu memberi pengetahuan baharu kepada rakan guru yang berminat untuk mencuba pendekatan ICT dalam pdp. Selamat Mencuba!